Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul

Posted by threekiddosmom at Sunday, February 05, 2012
Assalamualaikum 

Pic credit to google

Hari ni cuti umum sempena Kelahiran Nabi Muhammad SAW..Rasulullah yang teragung..
Hari bersejarah ini juga dikenali sebagai hari Maulidur Rasul.
disebabkan cuti umum jatuh hari Ahad, so bawa ke Isnin la kan?
Maka, esok cuti lagi..yeay!!

Jom baca sikit info yang i nak share pasal Maulidur Rasul nih
(Info credit to wikipedia

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada Isnin
 (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Nama lain bagi Maulidur Rasul.
NamaBahasaMaksud
Mawlid an-NabīArab"Kelahiran Nabi"
Milād an-NabīArab dan Urdu"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i ŞerifTurki"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlidbahasa Bosnia"Kelahiran"
Mawlūd-e SharīfUrdu dan Dari"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e AkramParsi"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-NabawīArab"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-NabīUrdu"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui EcharifArab Algeria"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)/Mūled en-NabiArab Mesir"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-NabīArab"Hari Nabi"
Maulidur-RasūlMelayu"Kelahiran pesuruh Allah"
MuludJawa"Kelahiran"
Maulid NabiIndonesia"Kelahiran Nabi"
Maulud NabiMalaysia"Kelahiran Nabi"
MaulidiSwahili-
Meeladu NabiSri Lanka, India Selatan dan Maldives"Kelahiran Nabi"
GamouWolof-
Nabi/Mahanabi JayantiSanskrit dan India"Kelahiran Nabi (yang agung)"


Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan
berdoa semoga kita bakal mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak..aminn..
Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada hari Maulidur Rasul ni.

Pic credit to google

"Sallallahu 'Ala Muhammad, Sallallahu 'Alay Wassalam"

0 comments:

Post a Comment

 

Three Kiddos Mom Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity