Friday, February 17, 2012

Khas Buat Para Isteri

Posted by threekiddosmom at Friday, February 17, 2012
Assalamualaikum & halloo!!

 Sempena pagi Jumaat yang penuh berkat ni, i ade something yang sangat menarik 
untuk dikongsi. Actually i nampak bende ni kat facebook. 
Let's explore!

Manisnya jika berkhidmat untuk suami :
1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3) Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4) Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6) Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7) Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu  
TAAT

~ Sharing is Caring ~
 

0 comments:

Post a Comment

 

Three Kiddos Mom Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity