Friday, August 31, 2012

Last Day @Syabas

Posted by threekiddosmom at Friday, August 31, 2012 0 comments
Assalamualaikum 

Actually my last day @syabas was Friday, 4th May 2012..tapi disebabkan i start keje kat new office on the next Monday..so tak berkesempatan nak hapdet 
(gambar kat fb pon lambat upload..huhu).
Maka, berbulan2 selepas itu baru nak hapdet..hehe..

Korang layan je la gamba2 ni eh..maklumla baru nak amik mood menulis blog balik ;)
Enjoice!!

my workstation


































Friday, April 27, 2012

Song of the month - Penerang Hati (6th Sense feat Saujana)

Posted by threekiddosmom at Friday, April 27, 2012 0 comments


Lirik:


Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

Notes untuk Kami

Posted by threekiddosmom at Monday, April 16, 2012 0 comments
Assalamualaikum. 

I'm back!! (tetiba je kan?)
Lama tak hapdet blog. Pagi tadi mamiween dah tanya..hehehe..
Korang nak tau tak pe penyebab lama tak hapdet threekiddosmom.blogspot.com nih? 
Jeng..jeng..jeng..

Sebab gadjet baru ni la..hahhaa.. 

 Samsung Galaxy Note

Biasalah kalo ade bende baru kan..nak explore abis-abisan (tapi tetap lom abih..sigh!). 
 Actually i and incik hubby dah beli lama gak note ni..almost a month
(same day i bought iPad 2 for 3kiddos).  Mine is black and incik hubby's is white!
I amik note + pakej Celcom Exec 50 tu..tapi incik hubby taknak amik pakej tu. 
So, dia beli hanpon jek kat Harvey Norman. Ooopss, lupa plak nak bagitau..kitorg beli notes kat MidValley Megamall (mall pilihan hatiku..hikhik) 

So far i berpuas ati dengan henpon + tablet baru ni..sangat puas ati kot! =D 
Leh wat macam-macam dengan sangat senang. Semuanye dihujung jari..ngeh ngeh..
Tengokla kalo i ade masa nanti, i share application yang ade kat note ni dengan korang eh.

Okla, enough for now. 
Nak sambung explore my note (sila muntah sekarang..muahahha)


Monday, April 02, 2012

Lunch yang Mabeles!

Posted by threekiddosmom at Monday, April 02, 2012 0 comments
Assalamualaikum 

Korang penah tak pegi Pasar Tani kat Seksyen 13, Stadium Shah Alam tu? 
Ade gak orang panggil "Pasar Karat"
Semalam i pi pasar tu ngan mak & adik-adik i (askar tinggal ok). Mak i nak cari telekung sempena nak pi umrah bulan 5 nanti. 

Balik dari pasar, semua lepak kat umah i..main masak-masak..ekeke.. 
Menu semalam memang syok gile arr...meleleh beb! 
Nak tau tak pe menunye? 

 Udang Masak Lemak Cili Padi
(mak yang masak)

Kangkung Goreng Tanpa Belacan
(i yang masak)

Ikan Kerapu Sweet & Sour
(mak yang masak)

Ikan Cencaru Sumbat
(Mak yang masak..lupa nak amik gamba..hehe)

Nasi Putih
(Incik hubby yang masak)

Memang kitorang makan banyak la..abih jahanam diet & exercise i..huhu..
Tapi takpe..hari ni i nak main badminton..kot-kot la boleh kurus!
*wink wink*

p/s : tak paham nape tetiba gamba tu auto-rotate..harap maap la ye..


Saturday, March 31, 2012

Tertunai Jua Akhirnya!

Posted by threekiddosmom at Saturday, March 31, 2012 0 comments
Assalamualaikum.



Lama betul i tak hapdet blog. As usual, banyak kekangan..hehe.
I nak wat short entry je kali ni..sebab test hapdet using my Notes! :)

Just wanna share that i dah berjaya menunaikan janji kepada Aiman..Alhamdulillah. Actually Aiman nak PSP tapi suggest tab. Finally i & incik hubby belikan iPad2 for him (share bertiga ok) sebab more cheaper than tab & more interesting.

That's all for now..daaa..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 17, 2012

Usai Solat

Posted by threekiddosmom at Saturday, March 17, 2012 0 comments
Assalamualaikum. 

Lepas solat malam tadi, as usual..3kiddos pon menyebok la dalam bilik i kan. 
Melompat-lompat atas katil, main nyorok-nyorok, menjerit, bergaduh dan macam-macam lah!
Tetiba masing-masing nak bergambo plak..layan kan aje la..hehehe.. 

Comel sungguh tangan cilik mimin mengaminkan doa mama..alhamdulillah..

Memula snap pic dengan mimin je..pas tu, sorang-sorang datang menjoinkan diri
berdua

bertiga

masih bertiga

 
Akhirnya..berempat!

Semoga anak-anak mama menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..aminnn..

Friday, March 16, 2012

Kebaikan Ayat Kursi

Posted by threekiddosmom at Friday, March 16, 2012 0 comments
Assalamualaikum. 

Sempena pagi Jumaat yang penuh keberkatan ni, i nak share kebaikan dan kelebihan ayat kursi. 
Jom baca sama-sama =)

Ayat Kursi.jpg

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, 
tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. 
Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. 
Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. 
Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. 
Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal 
seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. 
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Tuesday, March 13, 2012

ICTD : Birthday & Farewell Party

Posted by threekiddosmom at Tuesday, March 13, 2012 0 comments
Assalamualaikum. 

Jumaat lepas (9 Mac 2012), my opis wat birthday party untuk 
staf ICTD yang lahir in January - March. 
So, i termasuk sekali la kan sebab i was born on 10th January..ngeeeee!! 
Selain birthday party, kitorg wat skali farewell untuk nad & dr don..
tp malangnye disebabkan kesibukan yang melanda dr don yang kini telah menjadi 
AGM (Assistant General Manager) di ICTD, Puncak Niaga..maka dia tidaklah dapat untuk menghadirkan diri (panjang gile ayat ni..huhu)

As usual, sebelum majlis mula, tuan pengerusi majlis akan memberi sedikit ucapan dan 
mengumumkan nama-nama staf yang sambut birthday beserta 
nama staf yang bakal meninggalkan ICTD. 
Lepas tu..giliran big bos plak bagi ucapan (sepatah dua kata je ye bos..hehe)
Disebabkan kali ni ade farewell, 
so nad haruslah bagi kata-kata akhir sebelum meninggalkan kitorg.
*Mode : sedey!*
Selesai sesi berucap, perut pon makin berkeroncong..maka 
en pejal dijemput untuk membacakan doa makan..
nyum nyum!! 

Inilah dia kek red velvet yang digembar-gemburkan tu!
Memang sedap hingga menjilat jari..patutlah harga mahal..uhuk uhuk..

Sempena farewell, nad dapat hadiah cilik from ICTD. 
Jangan lupakan kami ye nad!

Inilah muka-muka staf yang celebrate besday hari tu..ceria sungguh..hehehe..

Selain daripada red velvet tadi tu. kitog ade beberapa jenis kek lagi yang disponsor oleh staf yang sangat baik hati (sila bodek lebey ye!)
Antaranya coklat kek yang sangat sedap dibeli di Chocolat World (tajaan pejal)
brownies from Indonesia (tajaan capet)
home-made coklat kek (tajaan farhah) 
dan 
beberapa jenis kuih (oder from kak reza).

Makanan kitorg oder from kak reza..memang mantop! 
Menu-menunya ialah :
Nasi putih
Ayam Masak Kicap
Ikan Goreng Bersambal
Masak Lemak Labu & Pucuk Manis
Ulam & Sambal Belacan
Air Oren
Buah Tembikai

Gambar-gambar sebelum majlis bermula dan semasa mambaca doa

Liza Sanda!! kak liza dah tersandar kekenyangan..ehehe.. 
Gamba sebelah tu plak, yiyi and mida yang sangat vogue hari itu. cantik rambut dorg tau uollss!

Makan Time!! 
Inilah juadah yang i sambar ri tu...burrpppp!! 
Jahanam segala exercise dan badminton sepanjang minggu ye...

Semua dah kelaparan!

Berselera sungguh kawan-kawan i ni ye :)

Disebabkan opis kitorg ni berkarpet dan tak boleh pakai kasut dalam opis. 
So, haruslah kitorg makan bersila dan bersimpuh ye. 
Sopan kan? hikhikhik..

Bila dah kenyang..ape lagi..posing time!!

Bila dah selesai majlis, i terpikir.
Agak-agak kat opis baru i nanti, ade tak majlis dan geng-geng se"havoc" ICTD, Syabas? 
*Mode sedey skali lagi..sob..sob..sob..*

 

Three Kiddos Mom Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity