Thursday, August 18, 2011

Cantik Berseri di Hari Raya

Posted by threekiddosmom at Thursday, August 18, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni i rs nk share 1 new product Clarins yg amat sesuai utk org2 asia yg mempunyai double chin ( mcm i..hehehe ). Nama produk tu Shaping Facial Lift Lipo-drain Serum. Fungsi utama produk ni ialah memberikan wajah kte "V" shape yg slalu menjadi idaman setiap wanita...say no to BOTOX ok! hehehe. Selain tu, produk ni gk leh wat kte nmpk lebih muda & cantik berseri. Leh le melaram di Hari Raya ye uollss...

Kalo korg nk tau produk ni dgn lbh lanjut, leh la visit this site. Mgkin korg berpeluang utk menang gifts from Clarins yg bernilai RM350...manatau rezeki di bln Ramadhan. Enjoice!!

~ Sharing is Caring ~

Wednesday, August 17, 2011

Nasihat Kubur

Posted by threekiddosmom at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Kakak i baru pas call, ajak berbuka puasa kt umah dia ri ni..nyum nyum nyum!!! pastu dia ade kirim 1 sms yg sgt menarik utk dikongsi bersama..

Nasihat Kubur:
1) Aku adalah tempat yg paling gelap, maka terangilah aku dgn Tahajjud
2) Aku adalah tempat yg paling sempit, maka luaskanlah aku dgn bersilaturrahim
3) Aku adalah tempat yg paling sepi, maka ramaikanlah aku dgn memperbanyakkan membaca Al-Quran
4) Aku adalah tempat binatang2 yg menjijikkan, maka racunilah ia dgn amal sedekah
5) Aku adalah tempat yg paling Munkar & Nankir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu dgn memperbanyakkan ucapan Kalimah "LAILAHAILLALLAH"


Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan kpd kite semua...insyaAllah...

Supermak

Posted by threekiddosmom at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Hello!!

Korg penah tgk x cite Supermak? kalo lom, kira korg rugi la..best wooo sbb nasha aziz supercun dlm cite ni..cantik bangat!!

Cite ni mengisahkan seorang ibu & suri rumah yg sgt lemah lembut tp dia ade kuasa luar biasa..ala2 superpower la tp hb & anak2 dia pn xtau..yg tau hanya bapa angkat dia. Skrg ni dh penjahat (ala2 joker) dh kuar. Watak tu zul yahya yg bw.

Tak sabar lak i nk tgk next episod..hehehe..layankan gamba2 nasha aziz @supermak yg supercun ;)






Beraya dgn kereta baru!

Posted by threekiddosmom at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Assalamualaikum..

Hari raya bakal menjelma dh ni. Mesti ramai yg dh teringin beraya dgn kete baru kan? i pn ade rs mcm tu..hehehe..

So, kalo uolls nk beli kete...leh la survey2 kt sini. Promosi pn menarik! ;)

Selamat beraya dgn kete baru uollss!!

17 Ramadhan 1432 : Nuzul Al-Quran

Posted by threekiddosmom at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari ke-17 umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Hari ni juga merupakan hari Nuzul Al-Quran, hari Al-Quran diturunkan kpd junjungan besar kite, Nabi Muhammad S.A.W. So, i nk share sikit la info tentang peristiwa besar ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ * خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ * اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ * الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ * عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ *

Terjemahan:

[1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.

[2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;

[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

[5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Credit to DR ABDUL HAYEI).

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38).

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatul dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.

Credit to Zikri Husaini

Tuesday, August 16, 2011

Pisang dan Kesihatan

Posted by threekiddosmom at Tuesday, August 16, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Kali ni i nk cite pasal pisang sbb incik hubby n my kiddos suka sgt makan pisang...lgpn pisang baik utk kesihatan kan..so, layankan je la :)


Khasiat utama pisang ialah membekalkan tenaga:
* Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

* Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

* Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

* Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

* Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

Pisang & Kesihatan :
* Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

* Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

* Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

* Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

* Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

* Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%).

Ok, i nak g beli pisang la hari ni...da~~~
 

Three Kiddos Mom Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity