Tuesday, March 13, 2012

ICTD : Birthday & Farewell Party

Posted by threekiddosmom at Tuesday, March 13, 2012
Assalamualaikum. 

Jumaat lepas (9 Mac 2012), my opis wat birthday party untuk 
staf ICTD yang lahir in January - March. 
So, i termasuk sekali la kan sebab i was born on 10th January..ngeeeee!! 
Selain birthday party, kitorg wat skali farewell untuk nad & dr don..
tp malangnye disebabkan kesibukan yang melanda dr don yang kini telah menjadi 
AGM (Assistant General Manager) di ICTD, Puncak Niaga..maka dia tidaklah dapat untuk menghadirkan diri (panjang gile ayat ni..huhu)

As usual, sebelum majlis mula, tuan pengerusi majlis akan memberi sedikit ucapan dan 
mengumumkan nama-nama staf yang sambut birthday beserta 
nama staf yang bakal meninggalkan ICTD. 
Lepas tu..giliran big bos plak bagi ucapan (sepatah dua kata je ye bos..hehe)
Disebabkan kali ni ade farewell, 
so nad haruslah bagi kata-kata akhir sebelum meninggalkan kitorg.
*Mode : sedey!*
Selesai sesi berucap, perut pon makin berkeroncong..maka 
en pejal dijemput untuk membacakan doa makan..
nyum nyum!! 

Inilah dia kek red velvet yang digembar-gemburkan tu!
Memang sedap hingga menjilat jari..patutlah harga mahal..uhuk uhuk..

Sempena farewell, nad dapat hadiah cilik from ICTD. 
Jangan lupakan kami ye nad!

Inilah muka-muka staf yang celebrate besday hari tu..ceria sungguh..hehehe..

Selain daripada red velvet tadi tu. kitog ade beberapa jenis kek lagi yang disponsor oleh staf yang sangat baik hati (sila bodek lebey ye!)
Antaranya coklat kek yang sangat sedap dibeli di Chocolat World (tajaan pejal)
brownies from Indonesia (tajaan capet)
home-made coklat kek (tajaan farhah) 
dan 
beberapa jenis kuih (oder from kak reza).

Makanan kitorg oder from kak reza..memang mantop! 
Menu-menunya ialah :
Nasi putih
Ayam Masak Kicap
Ikan Goreng Bersambal
Masak Lemak Labu & Pucuk Manis
Ulam & Sambal Belacan
Air Oren
Buah Tembikai

Gambar-gambar sebelum majlis bermula dan semasa mambaca doa

Liza Sanda!! kak liza dah tersandar kekenyangan..ehehe.. 
Gamba sebelah tu plak, yiyi and mida yang sangat vogue hari itu. cantik rambut dorg tau uollss!

Makan Time!! 
Inilah juadah yang i sambar ri tu...burrpppp!! 
Jahanam segala exercise dan badminton sepanjang minggu ye...

Semua dah kelaparan!

Berselera sungguh kawan-kawan i ni ye :)

Disebabkan opis kitorg ni berkarpet dan tak boleh pakai kasut dalam opis. 
So, haruslah kitorg makan bersila dan bersimpuh ye. 
Sopan kan? hikhikhik..

Bila dah kenyang..ape lagi..posing time!!

Bila dah selesai majlis, i terpikir.
Agak-agak kat opis baru i nanti, ade tak majlis dan geng-geng se"havoc" ICTD, Syabas? 
*Mode sedey skali lagi..sob..sob..sob..*

0 comments:

Post a Comment

 

Three Kiddos Mom Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity