Assalamualaikum
Hari ni genap 2 minggu arwah mak pergi menghadap Illahi dan meninggalkan kami semua. Kehilangan arwah sangat-sangat dirasai tapi Allah SWT lebih menyayangi arwah..kami redha walaupun amat pedih dan perit untuk menerima kenyataan ni..
Aku menghadiri kursus induksi di ABADI, Bangi dari 14 - 17 April 2013. Tanggal 16 April 2013, jam 8.44pm adik (Norfatehah Omar) call aku untuk tanya berkenaan Klinik An-Nisa', Seksyen U5. Adik cakap "Nak bawa mak pegi klinik sebab mak macam sesak nafas". So aku pesan kat adik "Kalo nak pegi, pegi sekarang sebab klinik tutup kul 10pm". Aku cuba fokus dengan slot malam itu berkenaan Islamic Banking walaupun hari tak berapa sedap. Jam 9.01pm adik call aku sekali lagi sambil menangis. "Kak, mak tak sedar..lidah mak macam terkeluar sikit". Jantung aku berdegup kencang. Dalam hati terdetik mak kene strok. "Mak jatuh ke dik?" tp adik jawab tak. So, mungkin mak tak kene strok..pengsan je kot. Adik cakap ambulans on the way.
Aku call incik hubby untuk amik aku di Bangi dan aku terus minta pelepasan untuk balik daripada urusetia. Aku call abang (Ismail Khoshim) untuk memaklumkan keadaan mak. Sambil tunggu incik hubby, aku tak putus berdoa agar tiada yang buruk berlaku kat mak. Aku menunaikan solat Isya' dan memohon agar Allah SWT memanjangkan umur mak. Aku call kak cik (Nor Idayu Omar) untuk tanya keadaan mak sebab tak dapat bercakap lama dengan adik tadi..keadaan sangat kelam-kabut di rumah. Kali ni aku dapat bercakap lama dengan kak cik. Masa tu dia dah dalam ambulans...
"Kata kak cik, mak menjahit baju macam biasa dalam bilik dia. Tepat jam 8pm, mak tengok berita..tak sabar nak tau sama ada abang (DS Noh Omar) masih kekal di Parlimen Tg. Karang atau tidak. Bila PM umumkan abang masih kekal..mak happy sangat-sangat sambil gelak besar. Lepas dah dengar pengumuman, mak ke bilik air untuk amik wuduk. Tak lama lepas tu mak keluar, mak cakap mak sesah nak bernafas. Kak cik bawa mak masuk bilik dan dudukkan mak kat katil. Kak cik n adik naik atas sebab nak tukar baju. Bila kak cik n adik turun balik n masuk bilik mak. Dorang tolong tukarkan baju mak..mak masih boleh bercakap n pilih sendiri baju mana yang dia nak pakai. Mulut mak tak lepas menyebut "Allah...kenapa mak sakit macam ni?". Kak cik cakap "mak janganlah cakap macam tu". Lepas tu kak cik tolong pakaikan tudung mak. Tiba-tiba kepala mak tertunduk di perut kak cik (kak cik pakaikan tudung mak sambil berdiri n mak still duduk di katil). Air mata kak cik terus mengalir tapi kak cik think positive je masa tu. Kak cik panik n taktau nak buat apa..dia pegang je kepala mak. Lepas tu adik cakap lidah mak terkeluar sikit n mulut mak berbuih. Dorang baringkan mak. Adik lap mulut mak n dia dapat rasa yang lidah mak masih bergerak sikit untuk keluarkan buih n air liur. Mak terus tak sedarkan diri. Ambulans sampai dengan doktor. Pertolongan cemas diberi tapi tiada respon dari mak. Keputusan dibuat untuk hantar mak ke hospital Sg. Buloh..."
Tepat jam 10pm incik hubby sampai Bangi untuk amik aku. Kitorang akan terus ke hospital Sg. Buloh. Dalam perjalanan aku call lagi kak cik tapi tak dapat. Lepas tu aku call adik pulak, engage. Tak lama lepas tu kak cik call aku. Dia cakap "kak, mak dah takde...". Aku terus meraung dalam kereta. Hancur luluh hati ni. Aku tak boleh fikir apa-apa melainkan menangis. Aku bagitau incik hubby "pa...mak dah meninggal pa..". Incik hubby genggam tangan aku n cakap ucap "innalillah....". Dia berlagak tenang untuk menenangkan aku. Dia biar aku menangis. Bila aku dah tenang..dia suruh aku sedekah Al-Fatihah untuk mak.
Aku sampai di bilik mayat hospital Sg. Buloh hampir jam 11pm. Hati berdegup kencang menuju ke jenazah mak. Aku kaku depan jenazah dan aku hanya mampu menangis. Lepas tu aku berwuduk dan mula membaca yassin untuk mak. Abang menyegerakan urusan untuk membawa pulang mak ke Tg. Karang. Lebih kurang jam 12 lebih tengah malam kami bergerak ke kampung diiringi kereta polis, kereta abang dan beberapa buah kereta lain. Aku dan kak cik menemani mak didalam ambulans. Adik, Syaari (suami kak cik) dan incik hubby dengan anak-anak balik ke rumah untuk packing. Jam 1 lebih kami tiba di kampung. Jiran-jiran dan orang kampung dah sedia menunggu. Katil untuk meletak jenazah juga dah disediakan. Melangkah turun dari ambulan..aku rasa kosong..macam mimpi sebab rasa mak masih ada. Kakak (Azizah Omar) dan abang (Mohd. Yusop Omar) memeluk aku dan kak cik tapi langsung tak menitiskan air mata. Kak cik semakin teresak-esak. Kami terus menguruskan jenazah mak sambil ustaz Khir memberi tunjuk ajar. Aku gunting baju kurung yang mak pakai. Kak cik membuka kain mak. Alhamdulillah jenazah mak sangat bersih..tiada najis mahupun air kencing. Aku dan kak cik bergilir-gilir mengelap muka mak dan membaca yassin. Jam 2.30am, abang dan orang-orang kampung mengadakan tahlil untuk mak. Aku terus mengaji sambil terus melihat jam kerana mak akan disemadikan jam 10am. Hanya tinggal beberapa jam sahaja untuk kami melihat mak. Aku cium mak berulang kali sebab mak selalu cakap "asyik mak je cium kakak" dan aku akan terus cium pipi mak lepas mak cakap macam tu tiap kali kami bersalam..tapi kali ni aku cium dahi dan muka mak sambil cakap "akak nak cium mak puas-puas". Kami tak tidur dan mengaji sehingga subuh.
Aku mandi dan solat subuh. Doaku semoga Allah mengampunkan segala dosa mak dan melancarkan segala urusan jenazah mak nanti. Selepas menguruskan anak-anak, aku kembali membaca yassin untuk mak. Orang semakin ramai memenuhi rumah. Jam 8am..lagi 2jam untuk kami melihat mak. Urusan jenazah pun dimulakan. Jenazah mak diangkat dan diletak di tempat mandi jenazah. Aku mengistinjakkan mak..bersih. Kami adik-beradik bersama-sama memandikan mak. Alhamdulillah..badan mak masih lembut dan mudah kami mandikan mak. Setelah yakin mak bersih. Kak cik wudukkan mak dan adik lap badan mak. Kemudian mak diangkat untuk dikafankan. Sekali lagi kami bersama-sama kafankan mak. Selesai kafan, kami diberi peluang untuk mencium mak buat kali terakhir. Sejuk muka dan dahi mak. Aku meminta ampun n minta mak menghalalkan susu serta makan dan minum. Lepas tu mak disembahyangkan oleh kaum Adam dan aku menunggu diluar rumah. Bila nampak jenazah mak diusung keluar, aku terus menyusup masuk ke dalam van jenazah dan duduk dicelah-celah keranda mak. Aku terus membaca Al-Fatihah dan berdoa agar segala urusan berjalan lancar. Sampai di tanah perkuburan, aku nampak "tempat" untuk mak dah tersedia. Mak dimasukkan ke dalam keranda kayu dan dimasukkan ke dalam kubur tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah..tak henti-henti aku mengucapkan syukur kerana semua berjalan lancar. Incik hubby tidak dapat mengiringi mak ke kubur kerana menjaga Yasmin yang menangis di rumah..terima kasih sayang sebab memahami. Selepas talkin dibacakan dan orang ramai mengundurkan diri..kami adik beradik masih menunggu di kubur mak. Rindu sungguh rasanya..
Hampir tengah hari hari kami pulang ke rumah. Aku terus cari incik hubby. Dia tengah masak nasi untuk makan tengah hari kitorang semua. "Pa, sori tak sempat bagitau papa ma terus gi kubur tadi". Dia jawab tak apa dan suruh aku masuk berehat sebab semalaman aku tak melelapkan mata. "Pergilah tido..mama dah penat sangat tu. Abg chik dgn mimin tido kat dalam". Aku masuk ke rumah untuk baring tapi tak dapat melelapkan mata. Aku bersembang dengan adik beradik n anak-anak sedara sebab baru ni dapat bercakap dengan dorang semua.
Sedih..memang teramat sedih. Boleh jadi gila kalo asyik fikir tentang pemergian mak..tapi sebagai manusia..aku terima qada' dan qadar Allah. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Kami redha dengan pemergian mak. Cara mak "pergi" amat mudah dan segala urusan berjalan lancar mengubat sedikit kesedihan kami. Allah telah memakbulkan doa mak, "Mak taknak menyusahkan anak-anak mak kalau mak meninggal nanti". Memang mak tak menyusahkan kami langsung mak. Terima kasih mmk sebab menjadi mak yang terbaik untuk kami. Mak sanggup berkorban segalanya untuk kami. Terima kasih mak. Semoga mak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Jika masa mak hidup, mak baca Surah Al-Mulk setiap malam selepas solat Isya', sekarang kami akan sedekahkan Surah Al-Mulk untuk mak sekerap yang mampu. Semoga mak berjumpa bapak di sana sebab mak selalu rindu nak sangat jumpa bapak. Kami akan selalu mendoakan kesejahteraan mak dan bapak di sana. Hanya sedekah dan doa sajalah jasa yang dapat kami beri kepada mak dan bapak.
Terima kasih kepada semua yang menolong kami menguruskan jenazah mak, keluarga, saudara dan sahabat yang hadir di hari pengebumian mak, yang mendoakan mak dan mengucapkan takziah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"
Al-Fatihah untuk arwah mak, Hajjah Bashah binti Din.
Published with Blogger-droid v2.0.6